Kebaikan Surah Yaasin

Actually aku dah lama tahu,just malas nak tulis and ingat-ingat lupa.hehehe  Tu pon tahu dari akak-akak yang dok asrama*gumawo sis 

    RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
    "Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:
     
  • Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang. 
  •  Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian
  •  Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh. 
  •  Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
  •  Jika terpenjara akan dibebaskan.
  • Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.  
  •  Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
  • Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya
  • Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
  • Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali
  • Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya". 
  • Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkanke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil. 
  • Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannyapada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.
Credit - Aina 

p/s - actually aku tak berapa nak paham maksud Kebaikan Baca Yaasin yang t'akhir tu,kalau saudara/saudari paham . Tolonglah komen dan bagitahu what is that means?  Sharing is caring ,right?
XOXO,Double A   

1 ulasan :

  1. Saya tak tahu bhg mana awak tak faham.Jadi,saya tulis apa yg saya faham jelah ><..Dia cakap siapa yg baca surah yasiin & al-mulk pd rakaat i & 2..surah yg dia baca tu ak tlg org tu di mana dia akn terima amalnya tgn kanan & blh tolong 70 org saudara dia.Tu jelah hehe btw nice info.Jom komen entry saya pulak :D

    BalasPadam

Comment down here and don't forget to leave your link, so I can 'hit' your blog back ^^

This blog is fully edited by Anis Amirah | Alright reserved by aanisamirah©