New class, new friends

#aku buat sendiri tau quote at atas ni
Hello semua.Apa khabar? Aku baik-baik sayang je  Okay, entri kali ni aku nak citer pasal orentasi tingkatan 4 . Aku cite dari aku bangon tido yerp  Al-kisahnya,pagi tu aku terbangun lambat but I'm very lucky because sempat solat subuh.hehehe. Apalagi, mandi cepat-cepat la sebab kawan tunggu.Aku  pgi dengan Hajwani tapi time aku sampai tempat pertemuan kami,tengok ada Izzati.Wah,bagoz la. Lagi ramai,lagi bagoz Kami *bdak form3* sampai giler awal iaitu 7.30 on time gitu tengok-tengok masuk kol 8 ke ats aq x dak jam,tu yg x ingat  . Tak ke dah penat menunggu  

Lepas kami dibenarkan masuk ke dalam sekolah tercinta kami kumpul at kantin plak.Aish,tunggu lagi.Selepas hampir 15 minit menunggu, cikgu pon panggil kami naik atas iaitu ke Dewan Mutiara . So kami ber-orentasi la dengan penuh bersemangat.ceh Cikgu yang jaga kami at dalam dewan tu ialah 2 orang cikgu kaunseling dan seorang PK HEM. Orentasi kami bukan la macam time form 1 dulu,ice breaking la,nyanyi lagu sekolah la. Just cikgu bagitau aliran yang kami akan ambil. Bagoz kan cikgu kami.Thums up cket.

Lepas cikgu bagitau pasal aliran-aliran tu, cikgu pon bagitau la kelas mana yang kami semua akan duduk untuk tahun depan. Sekolah aku ada 8 kelas. Antaranya, 4SN1,4SN2,4T1 ,4T2,4T3,4T4,4SS1,4SS2  dan alhamdulillah aku dapat masuk kelas 4SN1.Subjek yang aku ingat aku amek untuk tahun depan, of course Bio,Kimia,Fizik,Add Math,Sains Pertanian, Math,Agama,BI,BM dan subjek yg lain aq da x ingat terokkan  

Lepas umumkan nama-nama pelajar dan kelas masing-masing kami kena pegi bilik SPBT pulak,untuk ambil buku teks.Buku untuk klas SN giler banyak kot.18 buah buku.Kelas SN2 16 jerk,tapi Buku Akaun depa tebal.ngee. Dah la aku naik basikal hari tu,cam ner nak bawak balik buku nieh.Mau lelong handel basikal aku but fortunately mak aku keje at skolah Boleh aku letak buku dalam kereta.Kesian jugak aku tengok kengkawan yg bawak buku tebal-tebal tu,so aku tawarkan diri untuk tolong depa bawak buku sikit.Bantu membantu amalan muliakan.So lepas balik dari sekolah perut pun dah bunyi lagu hey ladies dah,so aku dgn Dila,Hajwani dan Sofia pun makan at Kedai Makan depan klinik Desa.Lepas ngap ngap ngap ngap,kami pon membawa diri ke rumah masing-masing.Sekian cite aku untuk entri kali ni.
Assalamualaikum

p/s- Kelas aku 26 orang kot,tapi dengar cite ramai nak pindah.huhuhu.

XOXO,Double A 


Jangan Wish Untuk Perayaan ' Keagamaan '

Prophet_muhammad_(pbuh)_large

Harap maaf,saya baru dapat tahu bahawa hadis di bawah adalah hadis palsu.Saya baru dapat tahu dari blogger yang lain.Maaf sekali lagi .Entri yang bagitahu tu hadis palsu kat sini
Actually aku tak tahu nak buat tajuk apa untuk entri kali ni,so lepas difikir masak-masak, aku decided untuk letak tajuk yang seperti di atas . Korang mesti tak fahamkan, kenapa aku buat tajuk cam tu.Actually tadi,time aku tengah berfacebook aku terbaca 1 status dari sahabat aku di facebook tu.Status dia berbunyi begini *cewah ayat cam buku sastera* 

*click untuk zoom.jangan risau,aku tak letak link churp-churp la 
Aku tak berapa paham status dia ni,pastu aku pon comment la. So,dia pon balas via private message.. Private message sahabat itu dengan aku seperti yang di bawah ni 


So,agak-agak sekarang korang dah paham tak.It's mean kita boleh wish kalau tu perayaan yang tak melibatkan agama,right? Aku sure budak skolah agama mesti tahu nieh,kalau tak tahu, buka sekolah ni pegi cari ustaz or ustazah korang untuk tahu lebih lanjut  Aku pon kalau teringat time belajar agama, insyaallah aku akan tanya ustazah aku tu. tapi rasanya form 4 panggil Tasawwur Islam.Betul erk? Aku rasa tu jelah info islam yang aku dapat sampaikan dalam entri kali ni.
Assalamualaikum 

p/s - nak tahu kebaikan membaca surah yaasin tak? Nak tahu*muka excited*. Click here


 XOXO,Double A 
credit-Asma

Kebaikan Surah Yaasin

Actually aku dah lama tahu,just malas nak tulis and ingat-ingat lupa.hehehe  Tu pon tahu dari akak-akak yang dok asrama*gumawo sis 

    RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
    "Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:
     
  • Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang. 
  •  Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian
  •  Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh. 
  •  Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
  •  Jika terpenjara akan dibebaskan.
  • Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.  
  •  Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
  • Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya
  • Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
  • Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali
  • Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya". 
  • Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkanke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil. 
  • Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannyapada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.
Credit - Aina 

p/s - actually aku tak berapa nak paham maksud Kebaikan Baca Yaasin yang t'akhir tu,kalau saudara/saudari paham . Tolonglah komen dan bagitahu what is that means?  Sharing is caring ,right?
XOXO,Double A   

Oh My English ! Oh My Result !


Wahhh.. Hari ni ialah hari aku untuk amek result PMR. Aku sure ramai batch97' yang risau , even budak target pon risau Mana taknya,kalau tak dapat  apa yang kita target mesti frust menonggengkan macam upsr dulu ? So untuk PMR tahun ni,aku tak target 8A pon sebab aku rasa , aku akan missed 1 subject . Hohoho dan aku target 7A1B jerk  dan alhamdulillah aku dapat apa yang aku target tu.I'm very grateful even I got 7A. Actually,aku mana pernah dapat 7A pon dalam test or exam yang lepas dan disebabkan itulah aku tak target 8A  Yang aku selalu dapat pun 5A atau 4A. Nak tinggi darjat sikit 6A,hmm tu pon time ujian form 2 jer.

Korang mesti nak tengokkan gambar result aku and my chingu kan? So ,wait for the next entries yeah !! Anyway, sekolah aku 6 orang jer yang straight A, 3 orang kelas aku, sorang kelas kedua -chinese  dan kelas arab 2 orang.Tahniah utk korang yerk *wink cket . 

Aku slack kat BI jer *wek,tu bkan bhsa kebangsaan den dan kalaulah aku dapat BI A..Fuhhh.Melompat aku kat kantin tadi. Dapat 7 pon aku dah cam tak jadi diri aku *blush . Yang paling aku tak sangka kan, KH-ERT aku boleh dapat A.fuyohhhh ,pecah world of record aku tu.Kalau diikutkan sejarah hidup aku,sekali jer aku pernah dapat A,KH. Tu yang aku pernah dapat 6A tu. Yang lain-lain tu okea jerk dan yang paling super-supping kawan dok sblah aku dlm klaz-syera dpt 7A1B jugak dan B dia SCIENCE .Ish ish ish , rugi giler kau kawan *smile . Anyway,before aku habiskan ucapan di entriku kali ni aku nak ucapkan sekali lagi tahniah buat korang semua, bukan yang straight jer tau  yang tak der A pon aku ucapkan sekali.Alhamdulillah one more time before ending my entries.

Assalamualaikum 

p/s - Mood tengah happy nieh sebab dpt result bagoz *wink 2 kali 

XOXO, Double A






Tomorrow is the final

Tumblr_mf5sk7ria71rvw96io1_500_large
19.12.2012 ialah tarikh yang bersejarah bagi Anis Amirah budak kelas 3M1 
Tarikh tersebut adalah tarikh keramat untuk semua pelajar Tingkatan 3 di seluruh Malaysia .Hehehe.So aku hope aku akan dapat result yang success.Sapa tak mau result yang gilang gemilang,kan? Orang yang putus wayar jer yang nak result dia terok,kan? LOL  So korang doa-doakan la aku dapat 8A dlm PMR tahun ni  . Tu jela rasanya untuk hari ni.
 Assalamualaikum 

p/s - korang tahu tak ,phone Samsung S3 at Sabah just RM150 jer.. What the hell ..


XOXO , Double A

7 keajaiban selapas menangis

Tumblr_me6wj4psvg1rsz0klo1_500_large
Siapa kata menangis tak ada gunanya? Jika selalu sangat menangis sememang boleh membuatkan mata anda menjadi merah dan bengkak. Tapi jangan salah, menangis dan mengeluarkan air mata ternyata boleh menjadi ubat ajaib yang berguna bagi kesihatan tubuh badan dan fikiran. Disunting dari Beliefnet, ini dia 7 keajaiban yang boleh anda dapatkan setelah menangis dan berair mata.

1. Membantu Penglihatan

Air mata ternyata membantu penglihatan seseorang, jadi bukan hanya mata itu sendiri. Cecair yang keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi mata yang boleh membuat penglihatan menjadi kabur.

2. Membunuh Bakteria

Tak perlu ubat titis mata, cukup air mata yang berfungsi sebagai antibakteria semulajadi. Di dalam air mata terkandung cecair yang disebut dengan lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95 peratus bakteria-bakteria yang tertinggal dari keyboard komputer, pegangan tangga, bersin dan tempat-tempat yang mengandungi bakteria, hanya dalam 5 minit.

3. Meningkatkan Mood

Seseorang yang menangis boleh menurunkan level depresi kerana dengan menangis, mood seseorang akan menaik kembali. Air mata yang dihasilkan dari jenis menangis kerana emosi mengandungi 24 peratus protein albumin yang berguna dalam meregulasi sistem metabolisme tubuh berbanding air mata yang dihasilkan dari iritasi mata.

4. Mengeluarkan Racun

Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa kajian tentang air mata dan mendapati bahawa air mata yang keluar dari hasil menangis kerana emosional ternyata mengandung racun. Tapi jangan salah, keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahawa ia membawa racun dari dalam tubuh dan mengeluarkan melalui mata.

5. Mengurangkan Stress

Bagaimana menangis boleh mengurangkan stress? Air mata ternyata juga mengeluarkan hormon stress yang terdapat dalam tubuh iaitu endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin. Selain menurunkan level stress, air mata juga membantu melawan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh stress seperti tekanan darah tinggi.

6. Membangun Komuniti

Selain baik untuk kesihatan fizikal, menangis juga boleh membantu seseorang membina sebuah komuniti. Biasanya seseorang menangis setelah menceritakan masalahnya di depan teman-temannya atau seseorang yang boleh memberikan sokongan, dan hal ini boleh meningkatkan kemampuan berkomunikasi dan juga bersosial.

7. Melegakan Perasaan

Semua orang rasanya merasa demikian. Walaupun anda didera pelbagai macam masalah dan cubaan, namun setelah menangis biasanya akan muncul perasaan lega dan tenang.

Setelah menangis, sistem limbik, otak dan jantung akan menjadi lancar, dan hal itu membuat seseorang merasa lebih baik dan lega. Keluarkanlah masalah di fikiran ada semasa menangis, jangan dipendam kerana korang boleh menangis sepuas-puasnya.tapi jangan Orang tengah gelak korang teresak-esak menangis..nanty orang cakap korang gila..hehehe
Bye Assalamualaikum 
:)

`

❅ Kelebihan beristighfar ❅

312778_504014916299631_602069517_n_large
Greeting Text
*click untuk besarkan
-Assalamualaikum-
This blog is fully edited by Anis Amirah | Alright reserved by aanisamirah©